5 Haiwan Paling Banyak Menyebabkan Kematian Manusia Dalam Setahun

5 Haiwan Paling Banyak Menyebabkan Kematian Manusia Dalam Setahun

5. Cacing Ascariasis (2,500 kematian setahun)

cacing ascariasis
Cacing ascariasis menyerang di negara di mana penyediaan sanitari makanan kurang dititik beratkan dengan dianggarkan sebanyak 10% daripada penduduk negara membangun mempunyai masalah ini. Manusia dijangkiti melalui makanan yang tercemar atau air yang mengandungi cacing ini. Bagaimana mereka membunuh? Apabila sudah terdapat dalam sistem perkumuhan manusia dan membiak, jumlah cacing yang ada akan menghalang salur organ daripada berfungsi, sehingga menyebabkan kematian. (rujukan)

4. Siput air tawar, serangga pembunuh dan lalat tsetse (10,000 kematian setahun)

siput air tawar 2
Siput air tawar menjadi pembawa kepada sejenis cacing yang bersifat parasit yang mampu menjangkitkan manusia dengan sejenis penyakit bernama schistosomiasis yang akan menyebabkan kesakitan pada bahagian perut serta pendarahan pada bahagian perkumuhan. (rujukan)
Lalat tsetse hidup di Afrika dan membawa parasit yang mampu menyebabkan penyakit yang digelarkan 'sleeping sickness' atau African trypanosomiasis, kebiasaannya berlaku di kawasan Sahara Afrika yang kurang membangun. (rujukan)
Serangga pembunuh atau assasin bugs pula menjadi pembawa kepada apa yang dinamakan sebagai 'wabak chagas' atau nama saintifiknya American trypanosomiasis. Banyak berlaku di sekitar negara-negara Amerika Latin, serta Sepanyol dan Amerika Syarikat dengan 14,400 bayi lahir sudah dihinggapi wabak tersebut ketika masih dalam rahim. (rujukan)

3. Anjing (35,000 kematian setahun)

anjing penyebab kematian
Anjing merupakan pembawa kuman rabies yang boleh menyebabkan jangkitan penyakit. 99% kes kematian manusia berlaku disebabkan oleh kesan gigitan anjing yang membawa kuman tersebut. Satu-satunya cara untuk mencegah penyakit ini adalah dengan memvaksinkan anjing. Cuma siapa pula bertanggungjawab pada anjing liar? (rujukan)

2. Ular (100 ribu kematian setahun)

ular penyebab kematian
Hasil gigitan ular merupakan satu masalah global. Dengan kes gigitan ular dilaporkan sebanyak 5 juta kes setahun sehingga menyebabkan ramai kehilangan anggota badan, masalah paling ketara ketika ini adalah kekurangan anti bisa yang diperlukan untuk merawat pesakit. Pertubuhan 'Doctors without Borders' melaporkan bekalan anti bisa mereka akan kehabisan pada 2016 tanpa wujud bekalan baru yang mencukupi. (rujukan)

1. Nyamuk (750 ribu kematian setahun)

nyamuk banyak menyebabkan kematian
Nyamuk bertanggungjawab membunuh manusia paling ramai dalam setahun. Hanya dengan gigitan mereka, nyamuk yang sangat lemah adalah haiwan utama penyebab kematian manusia menerusi penyakit malaria atau demam denggi.
logoblog

» Thanks for reading: 5 Haiwan Paling Banyak Menyebabkan Kematian Manusia Dalam Setahun